Perhatian: Pelaksanaan JavaScript dilumpuhkan dalam penyemak imbas anda atau untuk laman web ini. Anda mungkin tidak dapat menjawab semua soalan dalam tinjauan ini. Sila sahkan parameter penyemak imbas anda.

Kajian Tinjauan Kesihatan dan Fungsian Berkaitan-Kerja (MY)

 

Peserta yang dihormati!

Nama saya Prof Madya Dr Fatimah wati Halim dan saya seorang penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Saya ingin menjemput anda untuk mengambil bahagian dalam kajian yang bertujuan untuk mengenalpasti pemikiran, emosi dan tingkah laku individu yang berkaitan rapat dengan pekerjaan mereka. Projek ini dijalankan oleh pasukan antarabangsa yang diketuai oleh Dr. Edyta Charzyńska dari Universiti Silesia di Katowice, Poland, dan Dr. Paweł Atroszko dari Universiti Gdańsk, Poland. Kajian ini dijalankan di lebih 60 negara dari 6 benua dan disokong oleh Pusat Sains Kebangsaan di Poland (National Science Centre in Poland). 
Anda boleh menyertai kajian ini jika anda memenuhi kriteria berikut:
- anda tinggal di Malaysia, dan anda adalah Warganegara, Malaysia,  
- anda dewasa,
- anda bekerja dalam organisasi yang mempunyai sekurang-kurangnya 10 pekerja secara keseluruhan,
- anda telah bekerja untuk majikan anda sekarang, sekurang-kurangnya selama setahun,
- anda bekerja sepenuh masa.

Kajian ini mengambil masa selama 15-20 minit dan bersifat “anonymous”.


Sila lengkapkan soal selidik dengan teliti. Tiada jawapan yang betul atau salah. Apa yang penting bagi kami ialah jawapan yang ikhlas, mencerminkan apa yang anda fikir dan rasa.
Sebagai ucapan terima kasih atas penyertaan anda, selepas melengkapkan soal selidik, anda akan melihat keputusan anda dengan penerangan yang jelas. Ini akan memberikan anda maklumat psikologi yang penting di mana ia boleh membantu anda lebih memahami diri, tingkah laku,  terutamanya fungsi anda di tempat kerja. Dengan cara ini, ia boleh membantu anda memperoleh gambaran yang lebih baik tentang kekuatan dan kelemahan anda.

Yang benar,
Prof Madya Dr Fatimah wati Halim  &
Prof Khairul Anwar Mastor

Kajian ini adalah tidak bernama.

Rekod jawapan kaji selidik tidak mengandungi apa-apa maklumat yang boleh mengenal pasti diri anda, melainkan jika soalan kaji selidik jelas menanyakannya.

Jika anda menggunakan kod akses pengenalpastian untuk mengakses tinjauan ini, sila yakin bahawa kod ini tidak akan disimpan bersama dengan jawapan anda. Ia diuruskan dalam pangkalan data yang berasingan dan hanya akan dikemas kini untuk menunjukkan sama ada anda telah (atau tidak) melengkapkan tinjauan ini. Tiada cara untuk memadankan kod akses pengenalan dengan jawapan tinjauan.